Sempena Sambutan CNY 2015 Datuk Najib Terima Arahan Bunuh: Mengarut Kata Najib Kepada Sirul.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menganggap bekas komando polis Sirul Azhar Omar membuat kenyataan mengaru apabila mendakwa beliau bertindak mengikut arahan ketika membunuh model Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Bercakap kepada pemberita selepas menghindari rumah terbuka Tahun Baru Cina di Wisma MCA hari ini, Najib yang sebelum ini turut dikatakan dengan mangsa kes bunuh itu, enggan mengulas lanjut.

"Mengarut semua itu," katanya sambil menggelengkan kepalanya.

Najib diminta mengulas dakwaan Sirul, yang dikatakan di Australia, yang dilaporkan Malaysiakini pada Selesa lalu mendakwa beliau menerima arahan untuk membunuh Altantuya sedangkan pembunuh "sebenar" masih bebas.

"Saya menerima arahan orang-orang penting dengan motif tertentu masih bebas," katanya dalam satu wawancara dengan portal berita itu.

Semalam, Sirul dilaporkan berkata pegawai kanannya ketika itu. Timbalan PePenguasa Musa Safri sepatutnya dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya itu.

Ketika kejadia, Musa merupakan pembantu peribadi Najib yang ketika itu timbalan perdana menteri.

"Dia sepatutnya dipanggil menjadi saksi oleh pendakwa," Sirul dipetik berkata oleh Malaysiakini dalam satu laporan eksklusif.

Sirul, 43, juga memberitahu Malaysiakini beliau tidak pernah mengambil Altantuya atau Abdul Razak Baginda - pengagalisis politik dan kawan rapat Najib - yang dibebaskan atas tuduhan bersubahat dalam pembunuhan itu.

Bapa Altantuya, Dr Steve Shaariibu sebelum ini mendakwa anaknya datang ke Malaysia khusus untuk berjumpa dengan Najib.

Mahkamah Rayuan pada 2013 membebaskan Sirul dan Ketua Inspektor Azlinsh Hadir, mengatakan Hakim Datuk Mohd Zaki Yasin membuat kesilapan yang serius dalam perbicaraan termasuk dengan tidak memanggil Musa.

Panel tiga hakim mahkamah rayuan itu berkata kegagalan meletakkan Musa di kandang saksi penting bagi pihak pendakwaan untuk merungkaikan jalan cerita kes itu.

Pada 13 January, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria menghukum mereka ke tali gantung, membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan. - 19 February 2015.

No comments

PenghulubetongNew's. Powered by Blogger.