Jangan Terkejut Bila Staff Nurse Buat Pengakuan Dalam Bidang Mereka.


Jangan Terkejut Bila Staff Nurse Buat Pengakuan Dalam Bidang Mereka.. Adakah Anda Di Tempat Mereka???

Memanglah tak semua misi dapat puaskan hati orang ramai. Adalah juga misi yang kapcai, yang marah-marah tanpa alasan kukuh tu, tapi segelintir sahaja dan tak semua.
Tak bolelah sebab segelintir, awak nak rangkumkan semua misi tu kerja sambil lewa, makan gaji buta. Mana boleh, seorang je keluar hingus, awak nak kata semua misi tu hingusan manalah boleh.

Perlu kamu tahu:

1. Kerja misi ni penat. 
Kalau guru penat mengawal kenakalan pelajar, misi penat layan hujung rambut sampai hujung kaki setiap pesakit. Dari jerawat awak di dahi, sampai sembayam awak di kaki. Semua mereka cover. Tak ke penat tu?

2. Misi gaji tak banyak.
Ada ke misi gaji sampai RM10k? hanya nak layanan first class macam pramugari atas kapal terbang? Lebih kurang gaji orang-orang biasa jugaklah. Dengan gaji normal, awak nak layan istemewa, wow, abg bikai rasa awak dah salah tempat. Nak istemewa-istemewa, check-in lah hotel 5 bintang yang ada spa tu. Kalau awak nak layanan istemewa, yang boleh dengar bebelan awak, awak gaji saja misi private swasta punya. Yang boleh datang rumah tolong korekkan hidung awak pon boleh sebab tangan awak dah strok, tapi tolong bayar RM20k sebulan. Eh, kata nak layanan melatop, bayaran mustahillah umphh...

3. Orang sakit bukan saudara-mara misi, tapi saudara-mara awak.
Mungkin ahli keluarga awak, pakcik makcik awak. Jadi siapa yang lebih afdal jaga? Orang yang ada pertalian dara ke atau para misi? Mak ayah awak cirit, siapa yang lebih diperlukan untuk basuh berak? Awak atau par misi? Mak ayah pun nak tangan anaknya, bukan tangan anak mereka bukan mahram mereka. Mak ayah pun ada malu. Mau urut mereka orang lain nampak. Awak sebagai anak tak tau malu ke? Awak je mungkin jenis tak tahu malu marah-marah misi sesuka hati.

4. Ramai orang sakit, melebihi misi.
Limpahan orang sakit. Ada yang kritikal, ada yang biasa-biasa. Ada yang datang nak mengurat sahaja pening kepala, ada yang datang hospital nak dapatkan MC padahal tak sakit pon. Macam-macam ragam manusia. Misi nak utamakan yang kritikal, yang biasa-biasa buat aduan pulak tak dapat layanan. Bila misi pergi dekat yang biasa-biasa sahaja, yang kritikal pulak buat aduan. Bila nak buat kerja dengan penuh etika? Awak nak mengurat mintak no telefon pulak...bukan awak la mungkin suami awak?

5. Sabar bila Allah bagi kita ujian, mak ayah sakit, ahli keluarga sakit, dia akan uji betul-betul. Ingat Allah uji ni main-main ke? Allah nak tengok sejauh mana awak boleh bawa sabar awak tu. Mak ayah sakit, ah nak meroyan marah-marah orang. Awak, hospital satu. Klinik swasta pun belambak. Hospital swasta pun belambak. Kalau Hospital yang awak pergi tu, awak tak puas hati, awak cari saja la Hospital yang ngam dengan perasaan awak. Itu tak kena ini tak kena, buatlah Hospital sendiri. Berubat tradisional. Kalau semua benda nak komplain dan tak sabar hadapi, baik awak makan ubat. Awak yang tak sihat sebenarnya.

Semua orang susah, majoriti rakyat Malaysia orng miskin. Bukan awak sahaja yang merasai peritnya, tiada duit, orang lain pun sama..Stresss..semua orang faham, kalau nak Hospital kerajaan, murah dan percuma.

Segelintir misi kapcai pun janganlah lepaskan tensi pada orang. Begitu juga orang yang bawa orangg sakit, silahla bertimbang rasa..

Yang lebih penting, orang sakit tu..nanti kerana gajah-gajah yang tak cukup makan bergadu, orang sakit pulak yang jadi mangsa.

No comments

PenghulubetongNew's. Powered by Blogger.