Video Gambar Nora Danish Menjadi Mangsa Ugutan Pengganas Tempatan.


Ini sesuatu yang perlu diambil serius oleh pihak berkuasa Malaysia selepas klip video berdurasi kira-kira seminit mengugut untuk mengadakan bantahan tentang sistem keadilan negara di mahkamah pada 18 February ini yang dimuat naik oleh sekumpulan empat lelaki bertopeng.

UPDATE - 1 : bercakap kepada Harian Metro, Nora Danish enggan beri komen lanjut namun akan bertindak membuat laporan polis berkaitan perkara ini.

Kumpulan yang menggunakan ID pengguna You Tube "isis malaysia 69" yang dianggotai empat lelaki terbabit memberi amaran bantahan terhadap sistem keadilan mehkamah itu akan dilakukan dengan membakar mercun pada jam 11.30 malam.

Malah kumpulan itu turut menghasut seluruh anak mudah negara initurut serta membantah dengan cara di dalam keterangan video tersebut.

"Mahkamah seluruh Malaysia akan menjadi sasaran kami untuk diletupkan simbolik terhadap kepincangan sistem judiciary Malaysia. Dengan ini kami merayu seluruh anak mudah Malaysia untuk bersama kami," catat mereka dalam keterangan video itu.

Anda boleh membaca berita lanjut tentang isu ugutan ini di The Rakyat Post & yang lebih menarik perhatian kami adalah acara kumpulan ini menggunakan gambar Nora Danish untuk membuktikan yang mereka adalah rakyat tempatan.

No comments

PenghulubetongNew's. Powered by Blogger.