Yana Samsudin Memohon Maaf Atas Kekurangan Makanan Kenduri Kawin.
PETALING JAYA : Pelakon Yana Samsudin memohon maaf kepada peminat dan tetamu jemputan yang tidak dapat menikmati makanan kerana kehabisan pada hari resepsi persandingannya pada 14 February lalu.
Yana ata nama sebenarnya, Norliana Samsudin, 31, berkata, jumlah tetamu yang hadir pada majlis tersebut di luar jangkaan dan terlalu ramai.
"Saya berterima kasih pada tetamu yang sudih datang sama ada diundang atau pun tidak, namun saya meminta maaf andai ada kekurangan yang berlaku pada majlis tersebut.
Tetamu yang datang memang lebih daripada jangkaan kami iaitu dekat 10,000 orang. kad jemputan diedar dalam 700 keping dan kami jangka hanya tiga kali ganda sahaja untuk makanan. Itu pun pada saat-sat akhir saya tambah untuk 2,000 orang dan ibu saya tambah lagu untuk 2,000 orang.
"Saya dapat tahu makanan tersebut habis pada pukul 8 malam sebelum kami bersanding lagi," katanya memetik.
Yana berkata demikian ketika diminta mengulas apabila ada tetamu yang datang ke majlis resepsi persandingannya tidak dapat menikmati makanan apabila juadah yang dihidangkan habis.
Majlis persandingannya diadakan di Dataran Gemilang, Yong Peng Johor.
Mengikut kad jemputan, jamuan makanan bermula dari jam 4.30 petang sehinggah 10.00 malam manakala ketibaan pengantin pada jam 8 malam.
Terdahulu sehari sebelum itu Yana dan pasangannya pelakon Fadzli Zahari, 32, selamat bernikah dengan sekali lafaz dalam satu majlis diadakan di rumah keluarga pengantin perempuan di Tman Kota Impian, Yong Peng.
Yana Samsudin menerima mas kahwin sebanyak RM10,000, manakala wang hantaran sebanyak RM50,000.
Dalam pada itu, Yana Samsudin turut meminta maaf kepada pengunjung yang hadir kerana tidak dapat tempat duduk dan bersesak-sesak ketika menyaksikan persandingan itu.
Katanya, tempat duduk VVIP turut dirempuhi oleh beberapa peminat yang bertindak di luar kawalan pihaknya.
"Kami menyediahan 30 orang petugas Rela untuk mengawal majlis tersebut tetapi tidak mencukupi dan ketika majlis persandingan berula pada kira-kira jam 8.30 malam, ada segelintir yang merempuh tempat duduk VVIP.
"Ketika itu memang keadaan sudah tidak dapat dikawal lagi," ujurnya.
Bagaimanapun Yana berkata, dia bersyukur dengan kehadiran pengunjung dan peminat yang meraihkan hari bahagia tersebut.
Malah katanya, tujuan dia mengadakan majlis itu adalah untuk bersedekah dan meraihkan bersama peminat-peminat dan penduduk di kampung halamannya itu.
Dalam pada itu, Yana berkata dia kesal dengan komen negatif segelintir masyarakat terhadap wang hantaran yang berjumlah RM50,000.
Kata Yana, duit tersebut digunakan untuk jamuan makan ketika majlis persandingan itu.
"Saya sedih dan yang mempersoalkan tentang duit hantaran saya yang banyak, Walhal majlis jamuan itu dibuat menggunakan duit tersebut.
"Itu juga tujuan saya sebenarnya untuk berkongsi kegembiraan bersama orang ramai dan peminat," jelasnya. - Mstar Online.
Post a Comment