Pengakuan Emma Maembong Benar-Benar Tidak Sayang Dengan Zizan Lagi.
Perkara tersebut didedahkan dan diakui sendiri oleh Emma Maembong berikutan isu mengenai dirinya yang tidak hadir pada majlis tayangan filem Werewolf dari Bangladesh arahan Mamat Khalid.
"Sebenarnya saya dan Zizan sudah lama tidak ada apa-apa hubungan cinta lagi, iaitu sebelum saya umum kepada pihak media hinggan sekarang. Kami tidak pernah sambung semula hubungan itu semula seperti yang diberitahu kepada umum."
"Cuma kami masih keluar kenyataan apa-apa sahaja yang saya katakan mesti salah di mata orang. Orang akan tudah saya seperti budak-budak dan bersikap tidak matang," jelas Emma Maembong mengakhiri teka teki mengenai status hubungan mereka.
Sementara itu, Emma juga terkejut dengan tindakan pengarah Mamat Khalid berkaitan dirinya yang tidak dapat hadir pada hari tayangan perdana.
"Saya terkejut apabila membaca berita itu, ketika pihak produksi memberitahu tentang tayangan filem itu, saya sudah menjelaskan bahawa saya sedang menjalani penggambaran di Langkawi pada tarikh yang diberikan itu, malah saya telah meminta pihak produksi drama Isteri Separuh Masak untuk melepaskan saya sekejap pada hari itu, Namun tidak diberikan."
"Saya meminta pihak abang Mamat sendiri iaitu isterinya berbincang dengan produksi drama supaya membenarkan saya untuk balik sekejap dan hadir ke majlis itu"
"Saya sangat sedih bila tidak jelaskan perkara sebenarnya yang berlaku sedangkan mereka sudah tahu tentang perkara itu awal-awal lagi." katanya.
Post a Comment