Guru Halau Murid Menjadi Viral Di Media Sosial.


Masalah Komunakasi dan tersalah tafsir maklumat oleh pelajar dan ibu bapa adalah punca tercetusnya isu pemakaian baju kurung oleh pelajar bukan melayu, dakwa pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mutiara Mohd Amir Abdul Ghani.

Beliau berkata pihak sekolah tidak pernah menghalang pelajar perempuan bukan Melayu untuk memakai baju kurung, cuma menekankan supaya memakai baju kurung dengan cara yang betul.

"Kalau hendak pakai baju kurung, pelajar mestilah memakai dengan betul iaitu memakai kesemua butang baju tersebut. Apabila kata begini, mereka anggap kita (sekolah) tidak benarkan pakai baju kurung.

"Sekolah tidak pernah menghalang sesiapa pakai baju kurung kerana ia adalah baju kebangsaan, Malah guru-guru bukan Melayu pun boleh pakai baju kurung," ktanya ketika ditemui Bernama di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Media tempatan melaporkan dakwaan seorang pelajar sekolah yang berumur 15 tahun dilarang memakai baju kurung oleh pihak pentabdiran sekolah di Kuala Lumpur kononnya atas alasan baju kurung hanya untuk pelajar perempuan Melyu sahaja.

Mohd Amir berkata permintaan pihak sekolah supaya memakai kesemua butang baju kurung adalah bagi menjaga aurat pelajar sekaligus menjaga keselamatan pelajar itu sendiri.
Katanya satu perbincangan antara pengetua, pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG_ dan penjaga kepada murid berkenaan (pengadu) turut diadakan bagi menyelasaikan konflik berkenaan.

Beliau mengesahkan pelajar perempuan yang terlibat akan kembali ke sekolah dan bebas memakai baju kurung.

Mohd Amir bekata beliau tidak berada di sekolah pada hari kejadian dan mendakwa masalah komunakasi itu adalah antara guru dan pelajar.

Pengetua itu percaya jika beliau berada di sekolah pada hari kejadian, mungkin perkara itu tidak akan timbul dan menjadi isu hangat di media sosial - BERNAMA

No comments

PenghulubetongNew's. Powered by Blogger.