Mungkin Tun M khilaf, Bukan semua betul.


SHAH ALAM - Pengerusi SukaGuam, Datuk Khairul Anwar Rahmat berpandangan bahawa wujud kekhilafan dalam kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Namun beliau tidak menafikan ada kebenaran dalam kenyataan Tun Mahathir tersebut.

“Saya tak kata dia (Tun Mahathir) tak benar. Ada kebenaran tapi tidak semua benar. Dalam kebenaran itu, ada kekhilafan," katanya ketika menjadi panel dalam Wacana Sinar Siri ke-35: Apa di Sebalik 1MDB? di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.

Sebelum ini, melalui tulisan di blognya minggu lalu, Dr Mahathir mengkritik kerajaan berhubung 1MDB yang menurutnya menimbulkan pelbagai persoalan termasuk ke mana wang syarikat pelaburan milik kerajaan itu dibelanjakan.

Sehubungan itu, beliau berpandangan, 1MDB perlu diberikan peluang untuk berprestasi sebelum dikritik.

“Sebab itu, saya fikir kita harus beri peluang kepada pentadbiran 1MDB kerana ia ditadbir oleh sekelompok profesional yang berpengalaman.

“Kenapa serangan itu dihalakan kepada pemimpin negara? Tunggu masanya matang...beri peluang. Insya-ALLAH saya yakin 1MDB akan membuahkan hasil yang baik,” katanya.

Mengulas lanjut, Khairul berkata, pemimpin negara termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak sepatutnya dipersalahkan dalam sebarang kegagalan syarikat tersebut.

“Kalau ada kesilapan dalam pentadbiran, kenapa letak kesalahan di bahu Datuk Seri Najib dan pemimpin negara? Pimpinan 1MDB itu yang sepatutnya dipersalahkan,” katanya.

Sejak kebelakangan ini, isu 1MDB terus memuncak apabila mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk Dr Mahathir.

Susulan kritikan demi kritikan akhirnya Najib mengeluarkan arahan kepada Jabatan Audit Negara untuk menjalankan pengauditan terhadap 1MDB, awal Mac lalu.

No comments

PenghulubetongNew's. Powered by Blogger.