Pasangan Sweet Viral Di Media Sosial.


Kuala Lumpur : Kehadiran suami ke hospital membawa kek untuk isterinya selepas terpaksa bersanding seorang diri bukan sahaja meninggalkan kenangan manis untuk mereka, malah gambar pasangan itu turut "viral" di laman sosial beberapa hari yang lalu, kerana ramai yang menyifatkannya sebagai sesuatu yang amat sweet dan menyentuh perasaan.

Mohd Suhairi Md Salleh, 26, dan Ainul Aqzmi, 25, 'berpisah' seketika di hari persandingan mereka di kediaman pihak lelaki, ahad lalu selepas Ainul terpaksa menjalani pembedahan di Hospital Amanjaya Specialist Center, Sungai Petani Kedah.

Ainul ketika dihubungi di Sungai Petani, berkata, pada 6 petang sabtu lalu, dia ke hospital itu selepas tidak dapat menahan kesakitan akibat ketumbuhan pada ovari (cyst). "Pada jam8 malam, doktor memaklumkan saya perlu dibedah bagi membuang ketumbuhan itu kerana ia semakin kritikal.

"Sebelum itu, pada Rabau lalu, saya ada berjumpa doktor untuk mengetahui perkembangan penyakit saya ini dan doktor maklumkan, ia belum membimbangkan.

Reda dengan ketentuannya kerana perancangan untuk bersanding di sebelah lelaki sudah diatur," katanya yang bekerja sebagai guru.

Menurutnya, selepas menjalankan pembedahan, suaminya muncul di hospital pada jam 4 petang, Ahad dengan membawah kek untuk dipotong bersama sambil bergambar kenangan.

"Itu antara kenangan paling indah dan tidak dapat dilupakan. Mungkin ada khidmat di sebaliknya," katanya. Sementara itu, Mohd Suhairi berkata, dia mendapati idea itu ke hospital dam membewah kek itu selepas dimaklumkan oleh jurugambar perkahwinannya, Kawaras Yahya, 30.

"Pada awalnya saya tertekan kerana terpaksa bersanding tanpa isteri. Selepas bersanding, saya ke Hospital membawah kek bersama jurugambar (Kawaras) dan beberapa rakan.

"Hospital itu terletakhanya 500 meter dari kediaman saya," katanya.
Katanya, dia reda dengan apa yang telah berlaku dan bersyukur kerana pembedahan berjalan dengan lancar.

"Alhamdulillah, sekurang-kurangnya saya dan isteri ada gambar kenangan yang boleh diabadikan biarpun gambar dirakam di hospital" katanya yang bekerja sebagai jurutera.

No comments

PenghulubetongNew's. Powered by Blogger.