Johan & Aldy Dinobatkan Sebagai Artis Top Top Melatop Era AME 2015.
JOHAN (kanan) dinobatkan sebagai artis Lelaki paling Top Top Melatop Era manakala Aldy Jebat (kiri) dinobatkan sebagai artis Wanita Top Top Meltop Era pada AME 2015 di Stadium Putra Bukit jalil. malam tadi - foto Muhd Zaaba Zakeria.
Kuala Lumpur : Johan atau nama sebenarnya, Mohammad yazid Lim tergamam sejurus selepas dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Top Top Melatop (lelaki) di Anugera Melatop Era (AME 2015) malam tadi.
Dapat dilihat terkejut Johan yang juga berperanan sebagai pengacara anugera berkenaan kerana sama sekali tidak menyangka kemenangan itu.
"Saya sememangnya terkejut dan tidak mampu nak kata apa, ini kerana saya datang sebagai pegacara dan fokus adalah kelancaran anugerah ini. Malah tadi saya terlambat keluar pun kerana saya begitu leka di belakang pentas.
"Walaupun ada yang letakkan sasaran untuk saya memenangi kategori Penyampai Radio Melatop namun saya tak nak meletakkan harapan tinggi sebaliknya menyerahkan semuanya pada Allah," kata Johan ketika ditemui pada sidang media selepas AME 2015 di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini.
Johan berkata, isterinya merupakan tulang belakang bagi kerjaya seninya serta berperanan sebagai pengkritik utamanya. Dia turut menegaskan bahawa segala kerja keras yang dilakukan olehnya adalah demi isteri dan anak-anak tercinta.
"Apa yang boleh saya cakap adalah isteri saya (Ozlyn) merupakan pengkritik utama kerja seni saya yang mana dia akan berterus terang sama ada benda itu lawak atau tidak. Isteri saya juga adallah pengkritik Jozan yang membantu saya untuk memperbaiki lagi kerja saya.
"Manakala anak-anak pula adalah peminat nombor satu saya. Kalau balik rumah saya menang tak tengok televesen sebab mereka memang akan pasang program atau apa sahaja yang ada muka saya berulang kali," kata Johan sambil ketawa.
Post a Comment