Kisah Menyayat Hati Seorang Kanak-Kanak Lelaki Didera Ibu Saudara Seperti Binatang.



THAILAND - Gambar seorang kanak-kanak lelaki dipukul, diikat di tiang serta dibogelkan tersebar meluas terutamanya di laman sosial dikecam ramai pihak sama ada dalam atau luar negara yang menyifatkan tindakan si pelaku itu sangat kejam.

Difahamkan, kes itu berlaku di negara jiran, Thailand sekali gus menafikan dakwaan sesetengah blogger tempatan yang mengatakan kejadian itu berlaku di Malaysia.

Ekoran gambar-gambar mangsa tersebar meluas di laman sosial, segelintir netizen bertindak melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa.

Hasil maklumat orang awam, pihak polis dengan kerjasama tentera dan juga pegawai kebajikan kanak-kanak berjaya mengesan kejadian dan menyerbu kediaman terbabit bagi menyelamatkan mangsa.

Ketika ditemui, mangsa yang berumur 7 tahun itu dalam keadaan letih, menangis dan mengalami kecederan teruk di bahagiann belkang badannya.

Lebih teruk lagi, luka pada bahagian badan mangsa itu turut disirami air garam dan sos ikan bagi menyeksa mangsa.

Difahamkan, wanita berkenaan pergi ke sebuah kedai runcit bersama dengan mangsa. Kemudian, kanak-kanak itu didapati mencuri sekeping coklat oleh pemilik kedai menyebabkan mereka terpaksa membayar ganti rugi. Jika tidak pemilik kedai akan membawa kes itu ke balai polis untuk pendakwaan.

Enggan memanjangkan kes itu, ibu saudara mangsa terpaksa membayar jumlah gantirugi yang diminta oleh pemilik kedai runcit tersebut.

Berang dengan kejadian yang memalukan itu, wanita berkenaan gagal mengawal perasaan marahnya lalu menghukum dengan membogelkan kanak-kanak itu dan memngikatnya di tiang rumah serta memukul badannya bertalu-talu dengan menggunakan objek tumpul sehinggah luka dan berdarah.

Pihak berkuasa yang datang terus menyelamatkan kanak-kanak lelaki itu dan membawanya ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan lanjut, hasil pemeriksaan pihak hospital mengesahkan bahawa mangsa itu telah didera.

Wanita terbabit juga telah ditahan oleh pihak polis untuk sisatn dan akan diddakwa atas tuduhan mendera kanak-kanak.

Kanak-kanak lelaki itu dikatakan tinggal bersama dengan ibu saudaranya itu sejak kecil lagi. Manakala kedua-dua ibu bapa mangsa itu telah meninggal dunia.

Ibu saudara mangsa ditahan oleh pihak polis untuk siasatan lanjut dan akan didakwa aas tuduhan kes dera.










No comments

PenghulubetongNew's. Powered by Blogger.