Kerajaan Beri peluang Sirul Bina Hidup Baru di Australia.


SHAH ALAM - Bekas anggota polis, Sirul Azhar Umar yang disabitkan atas kesalahan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu sembilan tahun lalu kini tekad ingin memulahkan hidup baru di Australia.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, Sirul berhak diberikan peluang kedua untuk memulakan hidupnya semula memandangkan dia kini telah meninggalkan Malaysia.

Tambah beliau lagi, pihaknya kini sedang menjalankan rundingan dengan Kerajaan Australia bagi membolehkan Sirul diberikan kerakyatan kekal di negara tersebut.

"Sirul adalah seorang anggota polis yang mempunyai tahap patriotik yang tinggi. Dia cintakan. Dia harus dibenar memulahan hidup baru di Australia, berikutan peristiwa yang mendorong beliau meninggalkan Malaysia.

"Sirul adalah seorang kakitangan yang bersedia untuk menjalankan apa-apa perintah yang diberikan kepadanya oleh pihak berkuasa," katanya seperti yang dipetik menerusi laporan sebuah portal beberapa hari yang lalu.

Mahfuz berkata demikian kepada pemberita selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bersama-sama dengan ibu Sirul yang berusia 74 tahun, Piah Ahmad.

Ahad lepas, Mahfuz telah mengetahui sekumpulan lawatan termasuk kakak dan peguamnya untuk bertemu dengan Sirul di pusat tahanan imigresen Villawood di Sydney.

Beberapa siri lawatan bertemu Sirul diadakan semasa mahfuz dan keluarganya berkunjung ke negara tersebut.

"Saya berharap dia boleh terus tinggal di Australia untuk memulakan hidup baru di sana," katanya lagi.

No comments

PenghulubetongNew's. Powered by Blogger.