Gempar !!! Ustaz Kazim Elias Tampil Balas Tuduhan Dr. Maza.
Penceramah bebas popular Datuk Ustaz Kazim Elias (DUKE) hari ini tampil menjawab isu surat rasmi yang ditandatangani oleh Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. Maza) yang menolaknya sebagai penceramah susulan kenyataannya tentang hadis "roti jala dicelup kuah kari",
Duke tampil menyelar tindakan Dr maza itu dengan menyifatkan tindakan beliau tersebut sebagai satu tindakan yang memalukan dan dbuat secara tergopoh gapah.
Beliau berkata isu "roti jala dicelup kuah kari" yang dikeluarkan beliau itu adalah tidak wajaw kerana tidak diberi peluang untuk menjelaskannya secara terperinci.
"Saya dimaklumkan mengenai pembantahan jemputan saya ke majlis berkenaan dua minggu lalu, namun tidak mahu menghebahkan perkara ini demi menjaga air muka mereka yang berkaitan.
"Namun, apabila berlaku penyebaran serat tersebut, saya kesal kerana ini tidak adil, saya tidak diberi peluang untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan.
"Selepas ini mungkin ada yang melebelkan saya penyebar hadis palsu dan tidak lagi dijemput untuk mengadakan ceramah," ktanya dipetik dari Utusan Malaysia.
Duke menjelaskan apa yang dikatakannya "roti jala dicelup kuah kari" dan "kurmah celup tepung" adalah hanya satu perbandingan.
Menurut bbeliau perbandingan tersebut dibuat kerana berada di Malaysia untuk memudahkan orang kita faham.
"Saya cuma kata roti jal pun boleh dijadikan hidangan dalam kenduri masyarakat Islam untuk bagi orang faham." katanya.
Beliau melahirkan rasa kesal dengan surat daripada Jabatan Mufti Perlis yang tersebar tersebut yang menyebut beliau sering terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu.
"Ia seloah-olah menggambarkan saya sering mengeluarkan hadis-hadis palsu salah. Jika benar dakwaan itu, saya mahu tahu di mana dan bila saya membacakan hadis-hadis palsu yang didakwa."
"Jika benar, saya sedia memberikan penjelasan," katanya lagi.
Post a Comment