Jerung Pelik "Megamouth" Terdampar Di Persisiran Pantai Mengejutkan Penduduk Kampung.



Nelayan Filipina telah berjaya menangkap seekor ikan jerung pelik yang dipercayaai jenis Megamouth yang sememangnya amat susah ditemui terperangkap dalam pukat pembersih di perairan negara itu.

Jerung yang sepanjang 15 kaki ini merupakan jerung dewasa ditemui mati terdampar di pantai Barangay Marigondon di antara wilayah Albay dan Masbate.



Ikan jerung itu dinamakan sebagai ikan taring oleh penduduk tempatan kerana mempunyai gigi yang banyak dengan mulut dipenuhi 50 baris gigi yang beratur mengelilingi mulutnya.

Berdasarkan catatan jerung ini hanya pernah 64 kali dijumpai sebelum ini dan saintis beranggapan ia adalah makhluk yang sukar untuk dikaji.

Punca sebenar jerung ini terdampar di persisiran panttai masih dalam siasatan dan pihak kerajaan Filipina akan mengambil alih untuk siasatan selanjutnya. Bangkai jerung itu mungkin akan dipamerkan di Taman Albay dan Pusat Hiidupan Liar di Filipino.

Jerung megamouth merupakan hidupan dasar laut yang memakan ikan kecil dengan membuka rahang dan mulutnya yang besar untuk menangkap mangsanya.

Sehinggah kini ahli saintis masih empunya maklumat yang sedikit tentang jerung jenis megamouth ini kerana amat susah untuk dijumpai manusia.

Bercakap kepada The Wishinton Post, Christopher Bird, pelajar Ph.D. yang mengkaji tentang jerung laut di Universiti Southampton di England, berkata kita hanya tahu begitu sedikit tentang jerung ini.

"Ia pernah ditemui pertama kali pada tahun 1976 apabila jerung jenis Megamouth tersebut terperangkap dalam pukat nalayan."

"Ia hanya satu misteri sahaja," katanya.

JerungMegamouth ini boleh mencapai panjang maksimum 17 kaki (5.2 meter) dengan jangka hayat 100 tahun.

Ia tetap berada di dalam air yang dalam, tetapi meningkat ke arah permukaan pada waktu malam untuk mencari makanan ataumakan plankton.

Biro Perikanak dan Sumber Akuatik di Wilayah Albay akan menyiasat untuk menentukan punca kematian jerung tersebut.


No comments

PenghulubetongNew's. Powered by Blogger.