Gambar Terbaru Zamani Sedang Menjalankan Rawatan Terapi Pemulihan.



Untuk pengetahuan umum semua buat masa kini Zamani sedang menjalani terapi pemulihan. Jangkamasa berapa lama belum diketahui lagi. Harap semua peminat dapat sama-sama berdoa agar beliau cepat pulih dan sembu" begitulah info mengenai perkembangan Zamani Slam melalui laman sosial facebooknya semalam.

Bagaimanapun, tidak diketahui manakah penyanyi itu menjalani rawatan. Namun ada tekaan kemungkinan Zamani dirawat di Rumah Pengasih sebagaimana Jamal Abdillah mendapat rawatan.

Malah minggu lalu, Pengurusi Pengasih , Datuk Yunus Pathi ada berkata, pihaknya sedia membantu Zamani untuk pulih daripada kegiatan dadah.

"Pihak kami tidak ada masalah dan sedia menerima dia (Zamani) masuk ke rumah Pengasih jika dia benar-benar mahu berubah. Kalau mahu berubah, di mana-mana pun boleh, kita akan bantu sekiranya dia mahu," ujur Unus.

"Dengan keadah dan rawtanyang disediakan, saya yakin Zamani mampu pulih dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

"Kita ada contoh terbaik iaitu Datuk Jamal Abdillah pernah menerima rawatan di sini dan berjaya pulih," tambahnya.




No comments

PenghulubetongNew's. Powered by Blogger.