Tarian Separuh Bogel Di Pusat Membeli Belah - SEGAMAT JOHOR.
SEGAMAT - Pas segamat membantah penganjuran tarian separuh bogel yang diadakan di sebuah pusat membeli belah di daerah ini, malam Sabtu lalu.
Yang Dipertuan, Firdaus Masod dalam satu kenyataan semalam melahirkan kekesalan ke atas penganjuran majlis tersebut yang sepatutnya tidak dilakukan di Segamat mahupun di mana-mana di Malaysia.
"Hari Sabtu lepas, pada jama 8.30 malam, saya menerima laporan sebuah pusat membeli belah menjadi penganjur kepada mejlis itu yang ana progrm tersebut memaparkan tarian separuh bogel.
"Difahamkan, penari-penari tersebut dijemput khas dari luar negara dan tarian separuh bogel ini telah disaksikan oleh hampir 500 pengunjung pasar raya terbabit.
"Apa yang dikesal, tarian itu turut ditonton oleh kanak-kanak kecil kerana penganjurannya adalah pada waktu cuti umum iaitu pada hujung minggu," katanya.
Menurut Firdaus, penganjurannya secara terbuka ternyata menyalahi tatasusila adat dna budaya masyarakat Malaysia kerana dilakukan di tempat terbuka dan kawasan tumpuan umum.
Peniaga-peniaga di pasar raya tersebut mengadu kepadanya kerana berasa kurang selesa dengan penganjuran majlis tersebut selain bunyi lagu yang dipasang terlalu kuat sehinggah menyukarkan mereka untuk berkomunakasi dengan pelanggan.
"Peristiwa ini bagi secara jelas telah menghina agama Islam dan institusi Islam di negara Johor.
"Tarian separuh bogel ala-ala padang pasir tidak boleh diterima rakyat ini kerana bertentangan dengan norma-norma masyarakat," katanya.
Beliau turut mendesak pihak berkaitan segera mengambil tindakan tegas terhadap pihak penganjur mengikut undang-undang yang sedia ada.
Kami percaya dengan tindakan tegas sahaja yang akan dapat menghalang perkara seumpama ini daripada berulang lagi pada masa hadapan," katanya. - Sinar Harian Online
Post a Comment