PARAH..!! Akibat Suntikan Botox Fathia Latiff Menderita Sehinggah Muka Melecur.



Bukan realiti tetapi ia adalah lakonan Fathia Latiff semata-mata bagi menjayakan watak seorang isteri yang begitu gilakan suntikan botox.

Menurut fathia, wataknya dalam telemovie tersebut adalah watak paling sukar kerana perlu meyakinkan penonton bahawa dia berada dalam kesakitan akibat daripada suntikan botox.

"Bagi saya, ini adalah watak paling berat yang pernah saya bawah. Kesakitan yang saya lakonkan perlu nampak real kerana menunjukkan keperitan dan kesengsaraan yang terpaksa saya tanggung akibat suntikan botox. 

"Tetapi apa yang berlaku terhadp wajah erempuan yang saya lakonkan itu adalah disebabkan kawannya yang iri hati dengan kecantikan dan telah meletakkan racun ke dalam botox tersebut," katanya kepada Mangga Online ketika ditemui baru-baru ini.

Berkongsi mengenai jalan cerita drama tersebut, Fathia memberitahu ia merupakan sebuah drama mempunyai jalan cerita yang menarik dan menyayat hati.

Mengisahkan seorang suami iaitu lakonan Fahrin Ahmad yang begitu menggunakan kejelitaan wajah isterinya sehinggah sanggup mengeluarkan wang yang banyak untuk isterinya semata-mata menjalani rawatan kecantikan muka.

Tetapi keadaan wajah wanita itu tidak seperti yang diinginkan kerana kawan lamanya lakonan Raja llya telah memasukkan racun ke dalam botox yang digunakan. Hal itu menyebabkan dia mengalami keperitan dan kesakitan sehinggah dia disahkan mengalami pesakit kanser kulit dan terpaksa menderita.

Suaminya pula kemalangan jalan raya sehinggah cacat penglihtn. namun suaminya terpaksa pura-pura buta kerana ingin menjaga hati isterinya yang begitu paranoid dengan wajah yang semakin teruk.

Setelah lama menderita, akhirnya wanita tersebut meninggal dunia.


No comments

PenghulubetongNew's. Powered by Blogger.