Juliana Evans Diberi Kelonggaran Berlakon Filem Hollywood "Tanpa Aksi Hot".


Juliana Evans telah pulang ke malaysia pada pertengahan tahun November yang lalu selepas menamatkan pengajiian selama tiga tahun di Universiti Western Michigan, Amerika Syarikat. Pastinya kepulangan pelakon berdarah kacukan ini sangat dinanti-nantikan oleh peminatnya di Malaysia.

Dah lama rasanya tak tengok Juliana ni berlakon kan.. Sedihnya Juliana tak akan tinggal lama di Malaysia kerana dia sudah mengikat kontrak dengan pengurusan artis di Hollywood.

Wow.. dah nak jadi artis Hollywood ke? Juliana telah mengagumkan nama Malaysia tau..Ehh.. kejap! Berlakon filem Hollywood? Rasanya kalau filem Hollywood ini memang terkenal dengan aksi-aksi bogel dan bercium kan? Kalau tak ada aksi macam tu bukan filem Hollywood namanya..betul tak?
Juliana ni kalau dah berlakon filem Hollywood kena ada aksi macam tu ke? Jangan salah faham taw.. Juliana ni tak adalah sampai sanggup menggadaikan maruah dan prinsipp demi seni, senang cerita dia tak akan menerima tawaran kalau ada aksi-aksi bogel dan bercium.


"Syarat saya kepada agensi di sana ialah tidak akan bogel, bercium dan melakukan sebarang adegan intim dalam mana-mana tawaran kerja. Alhamdulillah, mereka boleh menerima syarat saya dengan baik dan memahami prinsip saya.
"Sebagai orang melayu dan Islam, saya tahu batas-batas yang harus saya jaga, jika syarat itu akan mengurangkan tawaran kerja, saya reda, apa yang penting saya harus berusaha untuk mencari peluang kerja terlebih dahulu," katanya.
Setujuh sangat dengan Juliana, kalau dah orang tak boleh terima syarat tu nak buat macam mana, reziki tu ada di mana-mana sahaja. Bukan hanya digadaikan maruah baru dapat banyak job kan.


No comments

PenghulubetongNew's. Powered by Blogger.