Berhati-Hati; Ada Sesuatu Yang Anda Tidak Tahu Ketika Mengunjungi Kedai Makan.
"Sesungguhnya tidak ada kekuasaan bagimu (Syaitan) terhadap hambah-hambahKu, kecuali ke atas mereka yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat," -( Al-Hijr: 42).
"Sesiapa yang mendatang tukang tilik dan tukang tenung (bagi mendapatkan bantuan berkaitan ghaib), kemudian mempercayaai ramalan si tukang/dukun tadi, maka ia (yang pergi berjumpa itu pun kufur dengan agama Nabi Muhammad SAW" -(Riwayat Al-Bazar & Abu Ya'la, Albani: Sohih, Ghayatul Maram, no 285).
Di zaman moden hari ini masih ramai lagi yang berani menempah tempat di neraka dengan mengamalkan sihir untuk pelbagai tujuan dan maksud. Walaupun sudah jelas larangan Rasulullah S.A.W tentang bahaya sihir ternyata masih ada lagi yang giat mangamalkannya.
Mereka ini terdiri daripada lapisan masyarakat dan tujuan, bahkan ada juga dari kalangan artis dan ahli politik yang mendapatkan khidmat tukang-tukang sihir/bomoh ini.
Ada yang ingin membalas dendam kepada seseorang yang tidak disukainya dengan cara ini.
CARA MUDAH KESAN KEDAI YANG GUNA PELARIS:
Apa yang saya nak sentuh pada kali ini ialah berkenaan dengan pengunaan pelaris kedai, di sangkakan dengan bercambahnya ilmu dan pusat-pusat pengajian Islam di masjid-masjid, surau-surau dan forom-forom amalan khurafat ini sudah berkurangan tapi nampaknya masih rancak di negara Malaysia.
Jika dulu amalan pelaris yang menggunakan khidmat jin khadam atau ini hanya popular di Indonesia sahaja tetapi sekarang sudah merebak sampai ke Malaysia. Jadi kita sebagai pengguna harus berhati-hati dalam memilih kedai makan. Persoalannya bagaimana nak tahu kedai makan yang di syaki itu benar-benar mengamalkan pelaris atau tidak.
Ini petua yang di ajarkan oleh seorang pengamal perubatan Islam, cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (khadam jin), baca Ayat Quris 3 kali di luar dari kedai.
Sebaliknya semasa dalam kereta, kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh poon kiri poohkanan.Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas (macam ustaz Ismail Kamus ajar).
Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, "khidmat" tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerap ke muka kita, kalau ada macam tu, eloklah kita jangan makan di kedai berkenaan.
Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir:-
1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga kali surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.
Ia berdasarkan hadith :
Baginda SAW telah berkata kepadaku:
"Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad", (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu".
(At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 (Nuzhatul Muttaqin, no 1457, 2/229)
Wallahuaklam
Post a Comment