Pengakuan Sultan Johor - Sultan Paling Banyak Hutang Sehinggah Beliau Menyertai Bidang Perniagaan?



Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail berkata, Baginda tidak boleh bergantung dengan elaun sebanyak RM27,000 semata-mata dan perlu menyertai bidang perniagaan.

"Biar saya berterus terang, kita (amalkan) raja berpelembagaan. Saya perlu menyara hidup, sama seperti orang lain (orang biasa).

"Saya tidak boleh bergantung kepada elaun sebanyak RM27,000 itu untuk menampung perbelanjaan dalam sebulan sahaja. Saya mesti menyara hidup. seperti rakyat Malaysia biasa," katanya dalam satu sidang wawancara dengan akhbar The Star.

Sultan Ibrahim berkata, penglibatan keluarga diraja Johor bukan perkara baru kerana ini menjadi amalan sejak zaman moyangnya.

"Saya tidak pernah cuba menyembunyikan urusan perniagaan saya dengan menggunakan proksi, seperti dilakukan sesetengah orang. Saya terbuka dan telus." katanya.

Katanya, penglibatan kerabat diraja dalam perniagaan yang halal merupakan perkembangan yang sihat.

Tambahnya, penglibatan dalam urusan yang diragui akan menncemrkan nama institusi beraja.

"Saya pasti rakyat Johor tidak mahu melihat saya sebagai seseoraang yang menjual diraja kebebasan untuk menyara hidup," katanya.

Mengulas mengenai projek hantaran hartanah besar di Johor yang melibatkan pelabur Cina, beliau menafikan bahawa ia akan menyebabkan berlaku kebanjiran dalam pasaran hartanah.

Katanya, selain warga tempatan, hartanah berkenaan juga akan dibeli oleh warga Singapura.

"Apabila rangkaiannya siap, ia akan menjadi satu kebebasan bagi orang Singapura untuk tinggal di Johor dan bekerja di Singapura," katanya.

Sultan Ibrahim berkata, perkara ini dapat dilihat di Shenzen yang menjadi kediaman bagi golongan yang berulang-alik setiap hari untuk bekerja di Hong Kong.

Beliau turut mempertahankan projek tambahan mega Forest City. Menurutnya, pelaburan China akan memberi keuntungan kepada negeri.

Usaha perkembangan tanah laut itu juga merupakan keputusan stretegik, katanya.

"Sekiranya Johor tidak menjalankan penambakan, Singapura akan buat dan perkara ini sudahpun berjalan," katanya.

No comments

PenghulubetongNew's. Powered by Blogger.