Kisah Menyayat Hati Seorang Perniaga Goreng Pisang Dibelesah DBKL Semasa Operasi.



Pada 4.2.2015 jam lebih kurang 1900 petang saya dan suami sedang menjalankan perniagaan di tapak *** untuk menjuall keropok lekor dan goreng pisang yang dilesenkan oleh DBKL di jalan 1 Bangunan Amoda, Bukit Bintang Kuuala Lumpur.

Seramai 30 orang pegawai DBKL telah datang di tapak perniagaan saya dan bertindak menyita barang-barang perniagaan saya dan mencampakkan makanan sehinggah bertaburan serta bertindak menyepak meja besi saya tanpa memberikan apa-apa penjelasan.

Suami saya sudah memberitahu dengan baik kepada pegawai tersebut untuk mengemas barang perniagaan kami tapi tidak dihiraukan. Semasa suami saya cuba memasukkan generator ke dalam lori bagi mengelakkan kerosakan atau kehilangan namun tiba-tiba dua orang pegawai DBKL (gambar tidak disertakan) bertindak agresif mengeluarkan kata-kata kesat dan menumbuk muka suami saya yang telah mengakibatkan penderahan di dahi dan lebam di pipi. Seorang lagi anggota DBKL bernama Othman menyepak suami saa di bahagian kaki.

Saya cuba untuk berbincang dengan pegawai DBKL namun tidak dihiraukan sama sekali. Dalam masa yang sama terdapat  beberapa pegawai polis di tempat kejadian, namun tidak diambil apa-apa tindakan untuk meleraikan perselisihan faham tersebut. Lori saya juga telah disita berserta dengan kunci lori dan semasa saya meleraikan perselisihan faham tersebut, seorang anggota DBKL wanita cuba menarik saya.

No comments

PenghulubetongNew's. Powered by Blogger.